iLovePalestine.com JIM Klang: Rakyat perlu fahami fungsi jabatan kerajaan

Monday, April 6, 2009

Rakyat perlu fahami fungsi jabatan kerajaan

KLANG - Persepsi masyarakat yang memandang sesetengah jabatan kerajaan diwujudkan hanya untuk membebankan rakyat perlu diubah kerana secara rasional kewujudannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abd Samad berkata, salah persepsi itu perlu diperbetulkan kerana sebelum ini masyarakat kerap berasa gerun dengan fungsi beberapa jabatan perkhidmatan awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) walhal tugas mereka adalah untuk menjaga keselamatan mereka.

Menurutnya, salah anggap ini perlu diubah untuk mewujudkan hubungan lebih baik antara masyarakat dan agensi kerajaan ini agar segala objektif sesebuah jabatan dalam membantu pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

“Sebagai pembayar cukai, masyarakat berhak untuk menikmati segala kemudahan dan perkhidmatan ditawarkan oleh semua jabatan kerajaan kerana melalui wang dibayar rakyat itu, banyak digunakan untuk menggerakkan fungsi sesebuah jabatan.

“Namun terlebih dahulu, masyarakat perlu melaksanakan tanggung jawab untuk menjelaskan cukai-cukai yang dikenakan terhadap mereka itu maka barulah wujud persefahaman terhadap tugas dan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, hubungan yang lebih mesra antara masyarakat dengan jabatan kerajaan ini perlu dipertingkatkan kerana dengan adanya hubungan dua hala yang baik, semua jabatan akan dapat menjalankan perkhidmatan kepada rakyat.

“Sebagai contoh, masyarakat boleh mencegah jenayah dari berlaku sekiranya mereka mempunyai hubu-ngan baik dan sentiasa bekerjasama dengan polis.

“Sekiranya mereka ada melihat satu kegiatan mencurigakan berlaku di kawasan kediaman, pada masa inilah kerjasama mereka diperlukan oleh pihak polis. Buatlah laporan agar pihak polis dapat membuat siasatan supaya jenayah dapat dicegah lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Karnival Keluarga Prihatin dan Gaya Hidup Sihat Bandar Baru Klang 2009 yang berlangsung di pekarangan Surau Bandar Baru Klang di sini, anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama Jawatan-kuasa Penduduk N40 dan N41 Parlimen Shah Alam.

Penganjuran karnival sehari itu juga turut mendapat kerjasama daripada Per-tubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Palestine Centre of Excellence (PACE) serta jawatankuasa Surau Bandar Baru Klang.

Khalid berkata, jemputan kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk turut sama menjayakan karnival itu dilihat sebagai satu cara yang baik untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Kita galakkan masyarakat memanfaatkan semua perkhidmatan ditawarkan jabatan kerajaan dan merujuk segala masalah dihadapi kepada pemimpin setempat, ahli-ahli majlis MPK serta jabatan berkai-tan untuk diambil tindakan.

“Dalam masa sama, kita juga mahu semua penjawat awam melaksanakan tugas dengan jujur dan tidak menyalah gunakan kuasa serta wang kerajaan yang diperuntukkan untuk membantu rakyat,” kata beliau lagi.

Beliau turut berkata, program seperti ini juga memudahkan penyampaian maklumat tentang kemu-dahan disediakan kerajaan negeri seperti Tabung Wari-san Anak Selangor (Tawas).

“Pembukaan kaunter pendaftaran memudahkan orang ramai membuat pendaftaran dan dalam masa sama penyebaran maklumat dapat dilakukan kerana kita tahu masih ramai yang tidak tahu tentang skim-skim disediakan kerajaan negeri itu.

Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2629487.asp

1 comment:

  1. Salam,

    wah3...cantik sungguh blog ni.
    jemput2lah ke blog kami pula ya.

    > krbjklang.blogspot.com

    ReplyDelete