iLovePalestine.com JIM Klang: April 2009

Thursday, April 30, 2009

Aqiqah JIM : JOM AQIQAH


Assalamualaikum,

Warga netters sekelian,
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Illahi.

"Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah?
Aqiqah ialah sembelihan binatang an'am (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri, kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad. Aqiqah merupakan sebahagian dari tanggungjawab ibubapa kepada anak. Aqiqah untuk anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Sekiranya kurang berkemampuan aqiqah untuk anak lelaki, memadailah dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seekor (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan. Manakala anak perempuan, seekor kambing atau satu bahagian lembu.

Waktu aqiqah?
1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan (sebelum anak baligh). Jika anak tersebut telah baligh, boleh aqiqahkan anak orang lain (anak saudara/sepupu/ anak yatim).
2. Bagi ibubapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Hikmah aqiqah?
1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata
2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan
3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim (ukhwah) antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata
5. Menzahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW
6. Mendidik ibubapa supaya selalu berqurban
7. Sebagai tanda ketaatan pada Allah
8. Sebagai perlindungan bagi anak dari sebarang musibah

InsyaAllah, ibadah aqiqah ini dapat memberikan imbalan syafaat kepada ibubapa pada hari akhirat serta anak yang diaqiqahkan dapat dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Program Aqiqah JIM dengan moto "Aqiqah Mulia di tempat yang memerlukan" adalah kesinambungan dari program-program JIM untuk membantu umat Islam di tempat yang lebih memerlukan seperti Rayuan Berbuka Puasa Ramadhan dan Rayuan Qurban dan Aqiqah JIM. Program ini dijalankan sepanjang tahun bagi mereka yang ingin melaksanakan aqiqah kepada masyarakat Muslim yang lebih memerlukan di Kemboja dan Mindanao.

Objektif?
1. Untuk mengumpulkan dana untuk melaksanakan aqiqah di negara atau lokasi umat Islam yang lebih memerlukan
2. Menunaikan salah satu tanggungjawab membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana alam, dilupakan dan berjuang untuk Islam
3. Menzahirkan rasa prihatin dan kasih sesama umat Islam di Sudan, Palestin, Mindanao, Selatan Thailand, Afghanistan, Sri Lanka, Indonesia, Kemboja, Hidayah Centre, Vietnam dan negara serta tempat-tempat lain yang memerlukan

Semoga ibadah aqiqah melalui program ini mendapat keutamaan daripada Allah SWT disamping memenuhi keperluan umat Islam. Penyertaan program ini dibuka sepanjang tahun.

Penyertaan adalah mengikut pemilihan lembu atau kambing.
1. RM 300 - Satu Bahagian Lembu
2. RM 500 - Satu Ekor Kambing

Pembayaran boleh dibuat melalui;
1. Cek / MO / PO / Tunai / Bank In / Pindahan akaun
2. Electronic Fund Transfer (EFT)

Nama akaun: PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
No akaun: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 1211 3010 005 797

Note:
1. Untuk pembayaran melalui cek, mohon tuliskan nama dan "Qurban & Aqiqah JIM" dibelakang cek.
2. Poskan ke alamat;
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
LOT 300.2, LORONG SELANGOR
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
3. Mohon fakskan bank in slip ke +603-41071754 (u/p: JK Dana) atau scan dan emelkan ke Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM atau smskan ke +6019-6109293. Ini adalah bertujuan memudahkan bahagian kewangan membuat pelarasan akaun JIM.
4. TERKINI !!! Pembayaran juga boleh dibuat melalui JIM e-bazaar

Untuk maklumat lanjut,
Hubungi Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM 1430H (PIC: Jun & Nana) ditalian +60341053159 @ +60341089669 @ +60196109293

Jika anda berminat untuk mempromosikan program Qurban & Aqiqah di pejabat, surau, dll, hubungi kami ditalian di atas. InsyaAllah, kami akan datang memberikan taklimat tentang Qurban & Aqiqah JIM di tempat anda.

Klik, untuk muat turun borang aqiqah. Sila layari http://qa-jim.blogspot.com/

Kerjasama dan sokongan dari semua dalam menjayakan program ini amat kami hargai.

Daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah: Dengan nama Allah, ya Allah bagiMu dan kepadaMu kupersembahkan akikah si Fulan atau Fulanah." (Riwayat Al-Baihaqi)

Semoga ibadah aqiqah ini diterima sebagai amal soleh demi mendapat keredhaan dan keampunan Illahi serta pembuka jalan bagi kita ke pintu syurga.


JOM AQIQAH...
_ _ _Jun
Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM 1430H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
+60196109293 @ +60341053159 @ +60341089669
Layari; http://qa-jim.blogspot.com/

Madrasah Pertama...

Sessi Ceramah Bulanan JIM Klang & SRI Hira Batu Belah, Klang pada 24 April 2009.

Ceramah disampaikan oleh Prof. Madya Hj. Rozalli Hashim, Timbalan Dekan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian UiTM Shah Alam.

Thursday, April 16, 2009

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL - Harun Yahya (Agama Batil: Materialisme & Darwinisme)

AGAMA BATIL: MATERIALISME DAN DARWINISME

Materialisme adalah sebuah ideologi yang telah lama wujud dengan dakwaan bahawa materi adalah merupakan satu-satunya kewujudan yang mutlak. Berdasarkan kepada dakwaan yang sesat ini, materi telah wujud sejak azali dan akan kekal wujud selama-lamanya. Ciri-ciri yang paling penting mengenai materialisme adalah penolakannya terhadap kewujudan suatu zat Pencipta berserta segala kandungan ajaran agama. Di sana juga terdapat pelbagai pergerakan dan ideologi yang menjulang sistem agama yang agama batil sebagai suatu dogma dan materialisme adalah merupakan asas bagi sebilangan besar mereka. Dalam pengertian lain, pengaruh yang paling kuat dan berkesan di dalam sistem agama batil adalah fahaman materialisme.

Sejak zaman Sumeria dan Greek purba lagi, pola pemikiran materialisme telah tersebar lua. Akan tetapi, khususnya pada kurun ke-19, kepercayaan karut ini menjadi kukuh sebagai sebuah corak pemikiran yang diiktiraf. Tetapi di saat ia ingin meraih momentum sokongan yang padu, masih terdapat halangan yang besar terhadap pemahaman ala-materialis iaitu sebuah persoalan, ‘bagaimana alam semesta dan makhluk hidupan wujud?’.

Sementara itu, teori evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin telah bersiap sedia dengan jawapan (yang pada hakikatnya tidak memiliki sebarang nilai ilmiah) yang sekian lama ditunggu oleh para materialis. Berdasarkan kepada teori yang tidak berasas ini, material yang mati secara kebetulan berhimpun padu melalui kuasa yang sembarangan untuk membentuk sel tunggal yang pertama. Dan berdasarkan kepada Darwinisme, seluruh makhluk hidupan di atas muka bumi akhirnya mula terbentuk yang bermula dengan proses evolusi sel tunggal yang pertama.

Melalui dakwaan ini, Darwin serta-merta menjadi arkitak utama bagi sebuah kepalsuan yang paling besar di dalam sejarah bidang sains. Teorinya adalah jauh daripada berlandaskan kepada sebarang penemuan saintifik seperti mana yang diakunya sendiri. Sebenarnya, beliau juga telah menawarkan pengakuan di dalam bukunya The Origin of Species bahawa teori evolusi amat lemah berhadapan dengan banyak persoalan penting. Bahkan beliau sendiri berharap agar kemajuan di dalam bidang sains kelak akan menjawab segala kesulitan ini dan penemuan saintifik yang mutakhir turut akan membuktikan teorinya. Beliau sering menyebut hal ini di dalam bukunya, tetapi bertentangan dengan apa yang diharapkannya, kemajuan di dalam pelbagai lapangan bidang sains bahkan membatalkan dakwaan asas teorinya, satu demi satu. Hakikatnya, di sebalik semua propaganda evolusionis, teori evolusi adalah, sebagaimana yang diutakan oleh Michael Denton seorang ahli biologi Australia; sebuah teori dalam krisis.

Sewaktu abad ke-19, fakta saintifik yang berhubung dengan teori evolusi masih belum diketahui. Sementara itu, disebabkan golongan materialis sedang berada dalam usaha pencarian terhadap sokongan saintifik, teori ini akhirnya diterima sebagai peluang keemasan kerana apa yang sebenarnya didakwa oleh Darwin adalah merupakan suatu penafian terhadap kewujudan Sang Pencipta. Ketika itu, dakwaan bahawa manusia berkembang secara kebetulan daripada materi yang mati semata-mata adalah suatu pernyataan yang ditunggu-tunggu oleh para materialis.

Bersambung...

Kenyataan Media Wanita JIM Selangor: Islam Jalan Penyelesaian Krisis Akhlak Dan Ekonomi

Islam Jalan Penyelesaian Krisis Akhlak Dan Ekonomi

Mengharungi kehidupan dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia apatah lagi di negeri yang maju seperti Selangor memang cukup mencabar. Pelbagai gejala sosial yang menjadi kebiasaan di negara-negara maju sudah pun mewarnai kehidupan kita di sini seiring dengan rancaknya pembangunan fizikal yang sedang berlaku di negara ini. Laporan akhbar baru-baru ini mengenai peningkatan mendadak kadar rogol adalah amat menggerunkan dan tidak seharusnya dipandang sepi oleh mana-mana pihak walaupun mungkin ada yang beranggapan bahawa ini adalah masalah kaum wanita sahaja. Lebih menyedihkan lagi ada yang beranggapan bahawa ia adalah masalah yang lumrah berlaku dalam suasana negara yang ingin mencapai kemajuan ekonomi. Sebarang jenayah yang berlaku walau seremeh manapun harus dilihat sebagai isu masyarakat yang mesti dibanteras agar semua anggota masyarakat boleh hidup dengan selamat dan selesa di mana sahaja mereka berada.

Suasana kebejatan akhlak ini tambah dirumitkan dengan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia kini dan masih belum diketahui bila serta bagaimana kesudahannya. Tiada yang terselamat dari kesannya walaupun ada yang cuba menafikan realiti ini. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan terutama di sektor perkilangan dan swasta. Impak krisis ekonomi lebih lagi dirasakan oleh keluarga besar yang hidup di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil. Institusi keluarga juga terkesan dengan kegawatan ekonomi apabila perhatian terhadap anak-anak kurang diberikan akibat ibubapa yang sibuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga dengan kos kehidupan yang meningkat begitu mendadak sekali. Krisis ekonomi juga menyumbang kepada meningkatnya kadar jenayah seperti samun, mencuri dan rompak serta tidak kurang juga jenayah kolar putih seperti rasuah dan pecah amanah.Bagi mengatasi krisis kewangan, begitu banyak pihak tampil untuk mengutarakan pelbagai langkah penyelesaian bagi memulihkan keadaan ekonomi. Begitu juga, setiap kali diumumkan mengenai peningkatan kes jenayah banyak juga pihak yang tampil dengan pelbagai idea untuk mengatasinya. Namun sehingga kini masih belum kelihatan lagi keberkesanannya kerana langkah-langkah yang diambil lebih bersifat reaktif seperti meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Penyelesaian yang sebenarnya perlu merangkumi langkah-langkah pencegahan dan rawatan.

Allah s.w.t telah menggariskan satu cara hidup yang jelas dalam Islam yang merangkumi kesemua aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial dan politik; manfaatnya adalah untuk seluruh manusia dan alam, bukan sekadar untuk orang Islam sahaja. Bukan sahaja isu ekonomi menjadi kerisauan kita, isu sosial juga sepatutnya lebih merungsingkan kita. Satu jalan penyelesaian yang bersifat holistik bermula dari individu dan keluarga adalah perkara asas dalam menghadapi krisis akhlak dan ekonomi ini. Setiap orang perlu berganding bahu dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memulihkan keseluruhan keadaan masyarakat sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur’an dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Selangor bertekad untuk mengajak orang ramai bersama-sama memahami kaedah-kaedah kehidupan yang sudah sedia termaktub dalam Islam. Penghayatan ajaran Islam yang menyeluruh mampu memperkasakan setiap individu untuk membuat pertimbangan yang bijak dalam menghadapi gelombang kehidupan. Kami meyakini bahawa tiada jalan lain lagi bagi kita menghadapi krisis kehidupan yang melanda kini selain dari kembali melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya. Salah satu usaha Wanita JIM Negeri Selangor untuk mencapai tujuan ini adalah dengan menganjurkan program berikut:

SEMINAR MENANGANI ISU WANITA ISLAM
“Krisis? Relakslah…Kemelut? Usah kalut…” pada 26 April 2009 di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
Program ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:
  1. Memberi kefahaman bahawa Islam adalah jalan penyelesaian krisis.
  2. Berkongsi panduan untuk menangani krisis dalam kehidupan.
  3. Memberi kesedaran mengenai kepentingan memperkasakan diri
Program ini adalah terbuka kepada orang ramai termasuk ahli-ahli NGO Islam lelaki dan wanita, kakitangan kerajaan dan swasta serta pelajar IPT.
Sekian.
Prof. Madya Dr. Roohaida Othman
Timbalan Ketua Wanita
JIM Negeri Selangor
14 April 2009

Wednesday, April 15, 2009

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT - ERAT 09

Assalamualaikum wbt.

Khas buat lepasan SPM, STPM dan STAM 2008; program ini khas untuk anda!

EKSPRESI REMAJA AMBANG IPT
-- ERAT '09 --

Forum: Persimpangan Cinta dan Cita-Cita Ayuh Kenal Yuk! Latihan Dinamika Kumpulan Presentasi: Eksplorasi Menara Ilmu Ceritera Sukses: Resipi Kejayaan Mahasiswa Muslim Tafakur Alam Rimba! Cergas Cetus Cerdas Malam Nurani Intepretasi Seni R&R Kerjaya dan IPT Forum: Langkah Menuju Jaya Ceritera Sukses: Misi Agung Mahasiswa Muslim dan banyak lagi!

Tarikh: 24 April -- 26 April 2009 (Jumaat -- Ahad)
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rebutia D'Perkasa Camp
Anjuran: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) dan
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Yuran: RM 30 sahaja!

Di antara testimoni peserta:"Bagi saya program ini menyeronokkan kerana telah berjaya membuka hati saya kepada kepentingan hidup secara Islam dan nikmat Islam yang cukup cantik dan tersusun." -- Mohd Harith Kamaludin, Kolej Mara Seremban"

Program ini menyeronokkan. .. Boleh dilihat pada pengisian program ini penuh dengan ilmu. Selain itu, jemputan penceramah luar juga menunjukkan program tersebut tidak diabaikan dan mendapat sambutan ramai. Aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik remaja." -- Ihsan Alwi, Kolej Matrikulasi Pahang"

Saya sudah mencubanya, anda bila lagi?" -- Harith Md Nasir, UTM Kuala Lumpur


Disertakan brosur sebagai rujukan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik;
www.eksplorasimenarailmu.blogspot. com

FORUM DAKWAH HARMONI PADA MASYARAKAT THIONGHUA DI MALAYSIA


Saturday, April 11, 2009

Roadshow JK Penerangan Zon Tengah

11 April 2009, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

17 wakil negeri & urusetia yang hadir pada program Roadshow JK Penerangan Zon Tengah.
Sessi dimulakan oleh Pengerusi JK Penerangan Pusat, Tuan Haji Jamali Sepihie. Beliau menekankan betapa pentingnya 'media baru' sebagai saluran informasi masa kini.

Tuan Haji Jamali menegaskan media elektronik atau lebih specifik media internet akan menjadi sumber maklumat masa kini dan akan datang. Maklumat terkini amat penting untuk pengetahuan masyarakat kini. Maklumat dihujung jari dan maklumat 'real time' akan menjadi salah satu matlamat media masa kini.

Sessi penerangan oleh ketua editor 'media baru' menerangkan kandungan 'media baru' yang dilaksanakan nanti. Konsep wartawan rakyat amat menarik & harapan untuk merealisasikannya amat tinggi.

Sessi taklimat oleh JK Penerangan berkenaan tugas & pencapaian semasa merangkumi portal, video, penerbitan buku/majalah, fotografi dan media-media yang lain yang akan dipelopori oleh JK Penerangan Pusat.

Bersambung....

Friday, April 10, 2009

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL - Harun Yahya (Pengenalan)

PENGENALAN

Seimbas pandang, anda mungkin berasa keliru mengenai tajuk “Agama Batil” oleh kerana ‘agama’ seperti mana yang difahami umum biasanya dikaitkan dengan wahyu samawi. Selain itu, terdapat juga beberapa kepercayaan lain yang dipanggil sebagai ‘pseudo agama’ seperti Buddhisme dan Hinduisme. Seperti mana yang tertulis ‘Agama Batil’ adalah suatu konsep yang menolak agama sepenuhnya dan menafikan kewujudan Allah s.w.t.

Akan tetapi hari ini, di setiap sudut dunia terdapat beberapa sistem kepercayaan seolah-olah agama yang menjadi anutan walaupun tidak dinamakan sebagai sebuah ajaran ‘agama’. Di dalam buku ini, apa yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti materialisme, komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan beberapa sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran. Ini adalah kerana seiring dengan peredaran masa, semua anutan ini bertukar menjadi sebuah konsep yang lengkap dengan sistem dan praktik kepercayaan yang tersendiri. Bahkan, masing-masing memiliki pemimpin idola dan sumber rujukan yang kekal menjadi pegangan para pengikutnya. Agama batil yang tersebar begitu meluas dan menarik jumlah penganut yang besar dengan berusaha menjadikan ‘agama batil’ ini mengatasi dan menentang keadilan dan agama yang hak (iaitu Islam) secara berterusan dengan menerbitkan pelbagai buku dan artikel untuk menyebarkan propaganda dan sentimen sebagai suatu sokongan terhadap agama buatan mereka.

Di antara halangan yang paling besar dihadapi oleh para penganut sistem ini adalah kitab suci Al-Qur’an, iaitu satu-satunya panduan menuju ke jalan benar yang diwahyukan oleh maha suci Allah. Al-Qur’an memperincikan keterangan mengenai jihad besar iaitu menentang agama batil dan mengamanahkan para mukmin dengan tugas yang mulia ini. Hari ini, tugas mendedahkan kepalsuan sistem yang menyeleweng dan seterusnya memberikan komitmen yang tinggi di dalam usaha ini adalah suatu amanat penting yang tersandar di bahu setiap mukmin.

Sepanjang abad ke-20 sehingga ke saat ini, agama batil ini untuk pertama kalinya dalam sejarah tersebar begitu meluas. Di dalam al-Qur’an, pengikut sistem agama yang batil membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan kebaikan dan mereka menganggap ayat-ayat Kami dan peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan. Surah al-Kahfi: 56. ini adalah mengapa khususnya di era kita, adalah merupakan suatu kepentingan yang besar untuk menyertai jihad suci yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan membatalkan setiap asas sistem agama ini dari sudut asas ideologi.

Allah s.w.t menyertakan maklumat yang penting kepada para hamba-Nya yang bertanggungjawab memikul tugas mulia ini di pundak mereka:

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Surah al-Anbiya: 18

Dengan itu, apa yang menjadi tujuan kami adalah untuk memusnahkan kepalsuan dengan mendedahkan asas kebenaran mengenai materi dan juga mengenai teori evolusi Darwin yang akan dibentangkan di dalam lembaran seterusnya.

Harun Yahya

http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL - Harun Yahya (Tajuk & Isi Kandungan)

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL

HARUN YAHYA

“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta merta yang batil itu lenyap.” Surah al-Anbiya: 18




KANDUNGAN

PENGENALAN

AGAMA BATIL: MATERIALISME DAN DARWINISME
Mempertahankan Teori Yang Dibatalkan Sains
Kepentingan Darwinisme Terhadap Agama Batil

MATERIALISME: ASAS KEPADA AGAMA BATIL
Jahiliyyah Abad ke-20
Amalan Syirik yang Dominan Di dalam Masyarakat Hari Ini
Sembahan Golongan Evolusionis: Atom Yang Mati
Amalan Menyembah Matahari
Penyakit Materialisme dan Naturalisme
Pembentukan Agama Batil Melalui Pegangan Materialis dan Evolusionis

SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL MENUJU KE LEMBAH NERAKA
Mengilustrasikan Penipuan Pemimpin Ateis
Konklusi

KEMUSNAHAN TAMADUN TANPA PEGANGAN AGAMA
Keganasan: Sebuah Produk Darwinisme

STRATEGI MEMBASMI AGAMA BATIL
Meleburkan Sembahan Ateisme
Nasihat Badi’uzzaman tentang Kaedah Menentang Kekufuran

AGAMA YANG HAK MEMUSNAHKAN AGAMA BATIL
Misteri di Sebalik Materi (Alam Kebendaan)
Apa yang Wujud di Dunia Luar?
Adakah Otak Kita Terasing dari Dunia Luar?
Zat yang Paling Hampir Kepada Manusia ialah Allah s.w.t
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi
Materialis Telah Jatuh Ke Dalam Perangkap Terbesar Dalam Sejarah

KONKLUSI

LAMPIRAN: PENIPUAN TEORI EVOLUSI
Keruntuhan Saintifik Falsafah Darwinisme
Halangan Pertama yang Gagal Diatasi: Asal Usul Kehidupan
‘Kehidupan Lahir dari Kehidupan’
Usaha Tidak Konklusif Abad 20
Struktur Kompleks Dalam Makhluk Hidupan
Mekanisme Imaginasi Mengenai Evolusi
Neo-Darwinisme dan Mutasi
Rekod Fosil: Tiada Tanda Bentuk Peralihan
Harapan Darwin yang Musnah
Mitos Mengenai Evolusi Manusia
Teknologi Mata dan Telinga
Milik Siapakah Kesedaran Melihat dan Mendengar yang Terdapat di Dalam Otak
Kepercayaan Materialis

Harun Yahya

Monday, April 6, 2009

Rakyat perlu fahami fungsi jabatan kerajaan

KLANG - Persepsi masyarakat yang memandang sesetengah jabatan kerajaan diwujudkan hanya untuk membebankan rakyat perlu diubah kerana secara rasional kewujudannya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Abd Samad berkata, salah persepsi itu perlu diperbetulkan kerana sebelum ini masyarakat kerap berasa gerun dengan fungsi beberapa jabatan perkhidmatan awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) walhal tugas mereka adalah untuk menjaga keselamatan mereka.

Menurutnya, salah anggap ini perlu diubah untuk mewujudkan hubungan lebih baik antara masyarakat dan agensi kerajaan ini agar segala objektif sesebuah jabatan dalam membantu pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

“Sebagai pembayar cukai, masyarakat berhak untuk menikmati segala kemudahan dan perkhidmatan ditawarkan oleh semua jabatan kerajaan kerana melalui wang dibayar rakyat itu, banyak digunakan untuk menggerakkan fungsi sesebuah jabatan.

“Namun terlebih dahulu, masyarakat perlu melaksanakan tanggung jawab untuk menjelaskan cukai-cukai yang dikenakan terhadap mereka itu maka barulah wujud persefahaman terhadap tugas dan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, hubungan yang lebih mesra antara masyarakat dengan jabatan kerajaan ini perlu dipertingkatkan kerana dengan adanya hubungan dua hala yang baik, semua jabatan akan dapat menjalankan perkhidmatan kepada rakyat.

“Sebagai contoh, masyarakat boleh mencegah jenayah dari berlaku sekiranya mereka mempunyai hubu-ngan baik dan sentiasa bekerjasama dengan polis.

“Sekiranya mereka ada melihat satu kegiatan mencurigakan berlaku di kawasan kediaman, pada masa inilah kerjasama mereka diperlukan oleh pihak polis. Buatlah laporan agar pihak polis dapat membuat siasatan supaya jenayah dapat dicegah lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Karnival Keluarga Prihatin dan Gaya Hidup Sihat Bandar Baru Klang 2009 yang berlangsung di pekarangan Surau Bandar Baru Klang di sini, anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama Jawatan-kuasa Penduduk N40 dan N41 Parlimen Shah Alam.

Penganjuran karnival sehari itu juga turut mendapat kerjasama daripada Per-tubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Palestine Centre of Excellence (PACE) serta jawatankuasa Surau Bandar Baru Klang.

Khalid berkata, jemputan kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk turut sama menjayakan karnival itu dilihat sebagai satu cara yang baik untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Kita galakkan masyarakat memanfaatkan semua perkhidmatan ditawarkan jabatan kerajaan dan merujuk segala masalah dihadapi kepada pemimpin setempat, ahli-ahli majlis MPK serta jabatan berkai-tan untuk diambil tindakan.

“Dalam masa sama, kita juga mahu semua penjawat awam melaksanakan tugas dengan jujur dan tidak menyalah gunakan kuasa serta wang kerajaan yang diperuntukkan untuk membantu rakyat,” kata beliau lagi.

Beliau turut berkata, program seperti ini juga memudahkan penyampaian maklumat tentang kemu-dahan disediakan kerajaan negeri seperti Tabung Wari-san Anak Selangor (Tawas).

“Pembukaan kaunter pendaftaran memudahkan orang ramai membuat pendaftaran dan dalam masa sama penyebaran maklumat dapat dilakukan kerana kita tahu masih ramai yang tidak tahu tentang skim-skim disediakan kerajaan negeri itu.

Sinar Harian

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2629487.asp

Saturday, April 4, 2009

KARNIVAL KELUARGA PRIHATIN 2009 - LAPORAN AKHIR

4.30 Ptg

Program disambung semula selepas solat zohor. Ia diteruskan dengan ceramah oleh PDRM. Ceramah & sessi dialog tersebut menjadi perhatian penduduk setempat kerana berbagai soalan boleh dikemukan kepada pihak polis.

Seterusnya disambung dengan ceramah dari Raudatus Sakinah (RS), Pusat Bimbingan Remaja Puteri. Ceramah disampai oleh Akh Rozalli Hashim dari RS Sg Buloh. Ceramah yang bersahaja dapat memikat pendengar untuk mendengar input terkini berkenaan gejala sosial dan cara menanganinya...

Pada masa yang sama, program kanak-kanak iaitu Smart Quiz dijalankan di dalam surau, memang amat ceria sekali program kanak-kanak, tahniah kepada para sukarelawan yang menjalankan amanah dengan baik sekali.

Pameran juga berlangsung sehingga 4.30 petang. Tahniah juga kepada pihak yang mengadakan pameran, berbagai ilmu & pendedahan dapat ditimba.

Tahniah juga kepada pihak urusetia terutama kepada Pengarah Program yang berjaya menguruskan keseluruhan program dengan baik sekali.


Sempat juga bersembang-sembang dengan Pengerusi Surau BBK, mereka bercadang untuk membuat program yang lebih besar lagi & ingin menjemput Tan Sri Mentri Besar Selangor untuk merasmikan program tersebut. Semoga berjaya dengan perancangan tersebut.

Pengerusi surau BBK juga berminat untuk menjalankan program berkala dengan pihak JIM. Sambutlah hasrat mereka...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengizinkan program berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua yang menjayakan program Karnival Keluarga Prihatin & Gaya Hidup Sihat 2009.






Moderator Blog JIM Klang

KARNIVAL KELUARGA PRIHATIN 2009 - LAPORAN TERKINI 12.00 TENGAH HARI

11.00 pagi

Majlis perasmian sedang berlangsung. Majlis bacaan doa oleh YDP JIM Klang. Pengerusi Surau Bandar Baru Klang sedang menyampaikan ucapan alu-aluannya.

YB Khalid Samad bersama program Karnival Keluarga Prihatin 2009. Turut serta ahli Majlis MPK Zon N40/N41, Haji Razali Hassan, YDP JIM Selangor Tn Haji Mazmi Kamal.
Orang ramai makin bertambah mengunjungi karnival tersebut.

Wartawan Sinar Harian juga kelihatan untuk merakam detik bersejarah karnival pada kali ini.

YDP JIM Selangor merupakan sahabat sekolah kepada Pengerusi Surau BBK yang telah lama terputus hubungan, dengan izin Allah mereka berjumpa di karnival ini.

Terdapat kaunter Bank Rakyat, MAA Takaful, RS, PDRM, SPRM, Hospital, MPK, TAWAS,



12.00 tengah hari,

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam sekitar jam 11.30 pagi.

Majlis perasmian disudahi dengan memotong reben belon yang kemudiannya dilepaskan ke udara. YB Khalid & para tetamu karnival di hidangkan dengan nasyid oleh kanak-kanak dari kariah Bandar Baru Klang.

YB Khalid, Ahli Majlis MPK Zon N40/N41, YDP JIM Selangor, YDP JIM Klang & Pengerusi Surau meluangkan sedikit masa untuk melawat pameran yang disediakan.

Foto karnival menceritakan segala-galanya...




Moderator Blog JIM Klang

KARNIVAL KELUARGA PRIHATIN 2009 - LAPORAN TERKINI 10.00 PAGI

Assalamualaikum wbt.,

Bandar Baru Klang, 04hb April 2009, 10.00 pagi.

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Ustaz Imran Khayat. Program ceramah Palestin sedang berlangsung yang disampaikan oleh Akh Ridzuan Haron dari PACE. Sekitar 300 orang mengunjungi pameran & mendengar ceramah yang disampaikan oleh PACE.

Jom bersama kami di Karnival Keluarga Prihatin 2009 di Perkarangan surau Bandar Baru Klang.

Foto di bawah menggambarkan kemeriahan karnival yang baru bermula... (foto akan di upload nanti, terdapat sedikit masalah internet).


Moderator Blog JIM Klang

Friday, April 3, 2009

KARNIVAL KELUARGA PRIHATIN 2009 (BUKU CENDERAMATA)


klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas