iLovePalestine.com JIM Klang: Aqiqah JIM : JOM AQIQAH

Thursday, April 30, 2009

Aqiqah JIM : JOM AQIQAH


Assalamualaikum,

Warga netters sekelian,
Semoga berada di bawah lembayung rahmat Illahi.

"Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)

Aqiqah?
Aqiqah ialah sembelihan binatang an'am (binatang ternakan seperti kambing, biri-biri, kibas) yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Hukumnya adalah sunat muakkad. Aqiqah merupakan sebahagian dari tanggungjawab ibubapa kepada anak. Aqiqah untuk anak lelaki ialah 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu. Sekiranya kurang berkemampuan aqiqah untuk anak lelaki, memadailah dengan seekor kambing atau satu bahagian lembu dahulu, baki seekor (sebahagian) lagi boleh dibuat kemudian bila ada kemampuan. Manakala anak perempuan, seekor kambing atau satu bahagian lembu.

Waktu aqiqah?
1. Sunat melakukannya pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21. Jika tidak mampu melakukan pada hari-hari yang disebut di atas, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan (sebelum anak baligh). Jika anak tersebut telah baligh, boleh aqiqahkan anak orang lain (anak saudara/sepupu/ anak yatim).
2. Bagi ibubapa yang kurang berkemampuan, datuk kepada bayi berkenaan pun boleh melakukan aqiqah tersebut.

Hikmah aqiqah?
1. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT di atas pengurniaan cahayamata
2. Memulakan kehidupan anak dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan
3. Memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim (ukhwah) antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan cahayamata
5. Menzahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah SAW
6. Mendidik ibubapa supaya selalu berqurban
7. Sebagai tanda ketaatan pada Allah
8. Sebagai perlindungan bagi anak dari sebarang musibah

InsyaAllah, ibadah aqiqah ini dapat memberikan imbalan syafaat kepada ibubapa pada hari akhirat serta anak yang diaqiqahkan dapat dijauhkan daripada sebarang penyakit.

Program Aqiqah JIM dengan moto "Aqiqah Mulia di tempat yang memerlukan" adalah kesinambungan dari program-program JIM untuk membantu umat Islam di tempat yang lebih memerlukan seperti Rayuan Berbuka Puasa Ramadhan dan Rayuan Qurban dan Aqiqah JIM. Program ini dijalankan sepanjang tahun bagi mereka yang ingin melaksanakan aqiqah kepada masyarakat Muslim yang lebih memerlukan di Kemboja dan Mindanao.

Objektif?
1. Untuk mengumpulkan dana untuk melaksanakan aqiqah di negara atau lokasi umat Islam yang lebih memerlukan
2. Menunaikan salah satu tanggungjawab membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana alam, dilupakan dan berjuang untuk Islam
3. Menzahirkan rasa prihatin dan kasih sesama umat Islam di Sudan, Palestin, Mindanao, Selatan Thailand, Afghanistan, Sri Lanka, Indonesia, Kemboja, Hidayah Centre, Vietnam dan negara serta tempat-tempat lain yang memerlukan

Semoga ibadah aqiqah melalui program ini mendapat keutamaan daripada Allah SWT disamping memenuhi keperluan umat Islam. Penyertaan program ini dibuka sepanjang tahun.

Penyertaan adalah mengikut pemilihan lembu atau kambing.
1. RM 300 - Satu Bahagian Lembu
2. RM 500 - Satu Ekor Kambing

Pembayaran boleh dibuat melalui;
1. Cek / MO / PO / Tunai / Bank In / Pindahan akaun
2. Electronic Fund Transfer (EFT)

Nama akaun: PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
No akaun: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 1211 3010 005 797

Note:
1. Untuk pembayaran melalui cek, mohon tuliskan nama dan "Qurban & Aqiqah JIM" dibelakang cek.
2. Poskan ke alamat;
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
LOT 300.2, LORONG SELANGOR
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR
3. Mohon fakskan bank in slip ke +603-41071754 (u/p: JK Dana) atau scan dan emelkan ke Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM atau smskan ke +6019-6109293. Ini adalah bertujuan memudahkan bahagian kewangan membuat pelarasan akaun JIM.
4. TERKINI !!! Pembayaran juga boleh dibuat melalui JIM e-bazaar

Untuk maklumat lanjut,
Hubungi Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM 1430H (PIC: Jun & Nana) ditalian +60341053159 @ +60341089669 @ +60196109293

Jika anda berminat untuk mempromosikan program Qurban & Aqiqah di pejabat, surau, dll, hubungi kami ditalian di atas. InsyaAllah, kami akan datang memberikan taklimat tentang Qurban & Aqiqah JIM di tempat anda.

Klik, untuk muat turun borang aqiqah. Sila layari http://qa-jim.blogspot.com/

Kerjasama dan sokongan dari semua dalam menjayakan program ini amat kami hargai.

Daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud:
"Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah: Dengan nama Allah, ya Allah bagiMu dan kepadaMu kupersembahkan akikah si Fulan atau Fulanah." (Riwayat Al-Baihaqi)

Semoga ibadah aqiqah ini diterima sebagai amal soleh demi mendapat keredhaan dan keampunan Illahi serta pembuka jalan bagi kita ke pintu syurga.


JOM AQIQAH...
_ _ _Jun
Sekretariat Qurban & Aqiqah JIM 1430H
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
+60196109293 @ +60341053159 @ +60341089669
Layari; http://qa-jim.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment