iLovePalestine.com JIM Klang: JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL - Harun Yahya (Agama Batil: Materialisme & Darwinisme)

Thursday, April 16, 2009

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL - Harun Yahya (Agama Batil: Materialisme & Darwinisme)

AGAMA BATIL: MATERIALISME DAN DARWINISME

Materialisme adalah sebuah ideologi yang telah lama wujud dengan dakwaan bahawa materi adalah merupakan satu-satunya kewujudan yang mutlak. Berdasarkan kepada dakwaan yang sesat ini, materi telah wujud sejak azali dan akan kekal wujud selama-lamanya. Ciri-ciri yang paling penting mengenai materialisme adalah penolakannya terhadap kewujudan suatu zat Pencipta berserta segala kandungan ajaran agama. Di sana juga terdapat pelbagai pergerakan dan ideologi yang menjulang sistem agama yang agama batil sebagai suatu dogma dan materialisme adalah merupakan asas bagi sebilangan besar mereka. Dalam pengertian lain, pengaruh yang paling kuat dan berkesan di dalam sistem agama batil adalah fahaman materialisme.

Sejak zaman Sumeria dan Greek purba lagi, pola pemikiran materialisme telah tersebar lua. Akan tetapi, khususnya pada kurun ke-19, kepercayaan karut ini menjadi kukuh sebagai sebuah corak pemikiran yang diiktiraf. Tetapi di saat ia ingin meraih momentum sokongan yang padu, masih terdapat halangan yang besar terhadap pemahaman ala-materialis iaitu sebuah persoalan, ‘bagaimana alam semesta dan makhluk hidupan wujud?’.

Sementara itu, teori evolusi yang dikemukakan oleh Charles Darwin telah bersiap sedia dengan jawapan (yang pada hakikatnya tidak memiliki sebarang nilai ilmiah) yang sekian lama ditunggu oleh para materialis. Berdasarkan kepada teori yang tidak berasas ini, material yang mati secara kebetulan berhimpun padu melalui kuasa yang sembarangan untuk membentuk sel tunggal yang pertama. Dan berdasarkan kepada Darwinisme, seluruh makhluk hidupan di atas muka bumi akhirnya mula terbentuk yang bermula dengan proses evolusi sel tunggal yang pertama.

Melalui dakwaan ini, Darwin serta-merta menjadi arkitak utama bagi sebuah kepalsuan yang paling besar di dalam sejarah bidang sains. Teorinya adalah jauh daripada berlandaskan kepada sebarang penemuan saintifik seperti mana yang diakunya sendiri. Sebenarnya, beliau juga telah menawarkan pengakuan di dalam bukunya The Origin of Species bahawa teori evolusi amat lemah berhadapan dengan banyak persoalan penting. Bahkan beliau sendiri berharap agar kemajuan di dalam bidang sains kelak akan menjawab segala kesulitan ini dan penemuan saintifik yang mutakhir turut akan membuktikan teorinya. Beliau sering menyebut hal ini di dalam bukunya, tetapi bertentangan dengan apa yang diharapkannya, kemajuan di dalam pelbagai lapangan bidang sains bahkan membatalkan dakwaan asas teorinya, satu demi satu. Hakikatnya, di sebalik semua propaganda evolusionis, teori evolusi adalah, sebagaimana yang diutakan oleh Michael Denton seorang ahli biologi Australia; sebuah teori dalam krisis.

Sewaktu abad ke-19, fakta saintifik yang berhubung dengan teori evolusi masih belum diketahui. Sementara itu, disebabkan golongan materialis sedang berada dalam usaha pencarian terhadap sokongan saintifik, teori ini akhirnya diterima sebagai peluang keemasan kerana apa yang sebenarnya didakwa oleh Darwin adalah merupakan suatu penafian terhadap kewujudan Sang Pencipta. Ketika itu, dakwaan bahawa manusia berkembang secara kebetulan daripada materi yang mati semata-mata adalah suatu pernyataan yang ditunggu-tunggu oleh para materialis.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment