iLovePalestine.com JIM Klang: October 2009

Monday, October 26, 2009

Coretan Santai YDP JIM Klang

Assalamualaikum,

Ikhwah akhawat yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, pada pagi Isnin ini, hari pertama kita bekerja selepas weekend yang lalu, marilah kita sama-sama bekerja dengan kuat agar kita menjadi contoh teladan yang baik kepada rakan sekerja dan masyarakat keliling kita. Mungkin ada kalangan kita yang berasa penat dan menghadapi Monday Blues. Al maklum mungkin weekend yang lepas, ada antara kita yang beriadhah dan membanting tulang seperti ana (hehehe…) yang membantu membersihkan semak-samun di kebun pak mentua di Kapar. Jadi pagi ni otot-otot dan pinggang ada sikit lenguh…tapi ini semua cabaran yang perlu dihadapi. Kerja perlu diteruskan khususnya kerja-kerja da’wah. Ana juga ingin mengingatkan agar kita tak lupa utk melaksanakan ibadah sunat kita seperti solat sunat dhuha, solat tahajjud dan sebagainya.

Sukacita dimaklumkan bahawa kita ingin merakamkan Jazzakumullahkhairan kathiran ke atas inisiatif akhi Abdul Razak (atau panggilan mesranya ARMA) dari Taman Seri Andalas, utk menyambung semula siri ceramah/kuliah di Pejabat JIM Klang di Taman Seri Andalas pada 8 dan 22 Nov ini. Untuk pengetahuan antum, pada 8 November (Ahad) ini jam 10.30 pagi, Ustaz Norhisam Ahmad akan menyambung semula kuliah beliau bertajuk memahami bahasa Arab melalui solat manakala pada 22 Nov (Ahad) pula jam 10.30 pagi juga, Ustaz Asmadi akan memulakan siri kuliah bertajuk ”Apa ertinya saya menganut Islam” berdasarkan kupasan buku yang terkenal karangan Ustaz Fathi Yakan. Ana difahamkan bahawa kedua-dua program itu akan diadakan sebulan sekali maka setiap 2 minggu kita akan memakmurkan pejabat JIM Klang di Tmn Seri Andalas dgn prograkm seumpama tersebut. Ini adalah permulaan yang baik setelah lama kita tidak menggunakan pejabat JIM Klang di Taman Seri Andalas akibat kekangan seperti traffic jam di bandar Klang yang sering membantutkan niat utk ke sebelah selatan Klang namun ana merasakan kalau kita melakukan program pada hujung minggu sepatutnya tidak menjadi masalah. Inshaallah. Jadi marilah sama-sama kita meramaikan program tersebut dgn mengajak mad’u dan anak-anak buah usrah kita ke program tersebut.

Di samping itu, satu program pelan strategik akan diadakan pada 12-13 Disember 2009 (Sabtu-Ahad) di pejabat JIM Klang Tmn Seri Andalas. Ini akan melibatkan keseluruhan ajk JIM Klang beserta ajk kecil biro masing-masing utk kita merancang program dan aktivisme kita pada 2 tahun mendatang utk sesi 2009-2011 ini inshaAllah. Sila catitkan dalam diary masing-masing agar kita dapat membuat persediaan awal.

Farid