iLovePalestine.com JIM Klang

Monday, March 23, 2009

10 Amalan Terbaik tapi Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentangamalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalahterbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntutoleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atauterikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yangdipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga simatilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagipun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)

Friday, March 6, 2009

Program Palestin di Surau Bandar Baru Klang (Makluman Awal)

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
Tempat : Surau Bandar Baru Klang
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengahhari

Objektif Program:

  1. Menjalinkan hubungan dengan JK Penduduk N40/N41, Majlis Perbandaran Klang, AJK Surau, Jabatan Kesihatan Daerah
  2. Meningkatkan kesedaran ummah tentang isu Palestin
  3. Mengumpul dana untuk Palestin
  4. Meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat

Pengisian program :

  1. Forum/Ceramah Isu Palestin
  2. Tayangan video/multimedia
  3. Jualan Amal
  4. Pameran Palestin
  5. Aktiviti Kanak-kanak
  6. Pameran Kesihatan

Tentatif Program:

8.30pg : Kedatangan peserta/tetamu
9.00pg : Perasmian
9.30pg : Nasyid/Jamuan VIP
10.00pg : Ceramah Palestin/ Pertandingan Mewarna (kanak-kanak)/ Pameran Denggi/ Pemeriksaan Kesihatan/ Pameran Palestin/ Jualan Amal dsb.
1.00tgh/hari : Tamat

Anjuran:

Jawatankuasa Penduduk N40/N41 di bawah Ahli Majlis MPK dengan kerjasama

  • Surau Bandar Baru Klang
  • MPK
  • Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
  • Palestinian Centre of Excellence (PACE)
  • Jabatan Kesihatan

Tuesday, March 3, 2009

EKSPLORASI MENARA ILMU SELANGOR 2009 (EMI SEL 09)

EKSPLORASI MENARA ILMU 2009

Tarikh : 29 Mac 2009 (AHAD)

Tempat : Auditorium Fakulti Kejuruteraan, UPM

Anjuran : JKPRB Sepang dengan kerjasama JKPRB Selangor

MUKADDIMAH"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakamya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikatya ng kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "At Tahrim 66:6

- Ramai ahli-ahli KRJ dan para remaja yang telah menamatkan persekolahan mereka diperingkat SPM akan menyambungkan pelajaran mereka diperingkat IPTA mahupun IPTS (IPT)
- Sebahagian besar daripada mereka masih tertanya-tanya dan kurang pasti halatuju bidang pelajaran dan kerjaya yang akan mereka pilih Para pelajar ini perlu dibekalkan dengan pendedahan awal mengenai persediaan ke IPT, cabaran mahasiswa juga cabaran kerjaya agar mereka mampu membuat pilihan yang terbaik berdasarkan kelayakan mereka.
- Disamping itu, satu mekanisma perlu di wujudkan untuk menjamin kesinambungan tarbiyah pelajar dari alam KRJ ke alam IPT, Ini kerana para pelajar ini, sangat berpotensi menjadi calon-calon di IPT nanti.
- Sememangnya JIM mempunyai tenaga ramai tenaga pengajar di IPT juga mahasiswa yang mampu berkongsi pengalaman kepada bakal-bakal mahasiswa ini.

OBJEKTIF
- Berkongsi maklumat dan berkongsi pengalaman bersama pensyarah/tenaga pengajar dan mahasiswa IPT dengan memberikan pendedahan kepada para pelajar lepasan SPM untuk bersedia menghadapi alam belajar selepas sekolah
- Memberikan maklumat mereka mengenai aspek pemilihan bidang pelajaran & kerjaya serta cabaran hidup di IPT
- Mewujudkan kesinambungan tarbiyah kepada ahli KRJ juga peluang tarbiyah kepada bukan ahli KRJ semasa di alam para pelajar mengenai alam IPT.

ATURCARA PROGRAM
9.00 am
Bacaan Al-Quran
Kata Aluan En. Zainuddin Esin (Pengerusi JK Belia & Remaja Selangor)
Ucapan Aluan & Pembukaan oleh YDP JIM Selangor Tuan Haji Mazmi Kamal

9.30 am
Life Beyond SPM / Kehidupan Selepas SPM -Razlan Jalaluddin (Lawyer)

10.00 am
Rehat & Sarapan

10.30 am
Forum : Kerjaya Idaman 1Moderator : Amir Mohd AliAhli Panel :
Mohd Kamal Mohd Rathi—Akauntan
Dr. Noor Azizah Tahir— Pensyarah Perubatan International Medical University
Professor Dr. Iskandar Baharin—Dekan Malaysian French Institute, UniKL
Awang Armadajaya—Peguam

11.45 am
Selingan 1 : Nasyid

11.55 pm
Forum : Kerjaya Idaman 2
Moderator : Ahmad Dhanny Sarip
Ahli Panel :
Prof.Dr. Mohd Ali Hassan—Dekan Fakulti Biotech, UPM
Ustaz Zulkifli Ahmad—Guru
Siti Haniza—medicmesir.com

1.15 pm Solat & Makan tengahari
2.00 pm Selingan 2 : KARISMA
2.15 pm LDK—Meninjau Usahawan Berjaya
4.15 pm Selingan 3 : Cabutan Bertuah
4.30 pm Bersurai


Cara Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat melalui salah satu cara berikut:
- Isi borang ini dan hantar terus kepada wakil JIM Daerah
- Hantar SMS kepada urusetia EMI, dengan format berikut:
- DAFTAR EMI (Taipkan Nama Penuh, No.MyKad, Nama Sekolah & Jurusan)
- Hantar ke talian: Zulkhairi 013-6151151/ Aishah 012-6306709
- Email butir-butir seperti dalam borang pendaftaran ke mailto:krbj_sepang@yahoo.com

Friday, February 27, 2009

Program Tautan Ukhuwwah 2009 JIM Daerah Klang

Pada 22hb. Februari 2009 / 26 Safar 1430H, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Klang telah menganjurkan Program Tautan Ukhuwwah 2009 di Taman Rekreasi Setia Alam, Klang. Program tersebut yang telah dirancang oleh Pemimpin JIM Daerah Klang untuk merapatkan hubungan Silaturrahin antara ahli-ahli dan rakan-rakan JIM.

Lebih 40 keluarga (sekitar 200 orang) ahli-ahli & rakan-rakan JIM telah menyertai program pada pagi tersebut. Pelbagai program telah diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Program dimulakan dengan senaman pagi & berhenti seketika untuk sarapan pagi.

Acara diteruskan dengan taklimat dari wakil Jawatankuasa Dana JIM Negeri Selangor berkenaan rayuan sumbangan untuk membeli premis atau pejabat JIM Negeri Selangor yang akan ditempatkan di ibu negeri Selangor iaitu Bandaraya Shah Alam.

Sekitar Jam 9.30pagi, program yang ditunggu-tunggu iaitu sukaneka untuk keluarga & aulad telah diadakan sehingga tamat program pada hari tersebut. Antara sukaneka yang diadakan adalah seperti :

1. Susun Poster/Gambar


2. Bahasa Isyarat



3. 'Hajarul Aswad'



4. Music Chair



5. Baling Belon



Kemeriahan sungguh terasa pada hari tersebut & Alhamdulillah objektif program tercapai, syukur Alhamdulillah. Kehadiran SUA juga memeriahkan lagi majlis tersebut.

Terima kasih kepada semua AJK & ahli-ahli yang terlibat & menjayakan program pada hari tersebut.

Moderator Blog JIM Klang

Sunday, February 22, 2009

Blog JIM Klang Kembali Aktif

Assalamualaikum wbt.,

InsyaAllah Blog JIM Daerah Klang akan kembali aktif setelah lama menghilang di alam maya. Semoga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan agenda memartabatkan Islam melalui media elektronik amnya dan melalui blog khususnya.

Ayuh kita ber 'BLOG'... BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT


Moderator Blog JIM Klang